Blogger Backgrounds

Sunday, 18 September 2011

BUKTI AKHBAR ONLINE (KES JENAYAH JUVANA)



TERKINI

ARKIB : 18/04/2011

Jumlah jenayah juvana makin membimbangkan - KP Pelajaran

18/04/2011 6:52pm

PUTRAJAYA, 18 April — Bilangan kes jenayah yang melibatkan pelajar atau lebih dikenali 
sebagai pesalah juvana adalah semakin membimbangkan, kata Ketua Pengarah Pelajaran, 
Datuk Abdul Ghafar Mahmud.
Beliau berkata, ia berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh Cawangan Dasar/Pencegahan
 Jenayah, Bahagian Hal Ehwal Awam, Bukit Aman, di mana pesalah juvana kini cenderung
 melibatkan diri dalam pelbagai salah laku sosial dan jenayah berat.
"Kebimbangan ini jika tidak ditangani dengan segera akan menambahkan lagi bebanan pihak
 kementerian 
dalam menangani masalah sosial dan pelbagai kegiatan yang berhubung kait dengan jenayah,”
 katanya semasa merasmikan uniform Kelab Pencegahan Jenayah peringkat kebangsaan 2011,
 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 8 (1) di sini hari ini.
Abdul Ghafar berkata, mengikut statistik 2010, 1.43 peratus kes-kes disiplin direkodkan di
 sekolah-sekolah di negara ini, termasuk 0.32 peratus kes jenayah seperti pergaduhan dan
 kes-kes kecurian.
Justeru beliau berkata setiap sekolah di negara ini disasar untuk menubuhkan Kelab
 Pencegahan Jenayah sebagai salah satu usaha bagi mencapai sasaran sifar peratus kadar
 perlakuan jenayah di sekolah. — Bernama

Monday, 12 September 2011

CONTOH INSTITUSI PEMULIHAN AKHLAK REMAJA

Pada masa kini, terdapat hanya lima buah Sekolah Henry Gurney (SHG) iaitu, 




SHG Telok Mas, Melaka

SHG Kota Kinabalu, Sabah

SHG Keningau, Sabah

SHG Puncak Borneo, Sarawak

SHG Wanita, Batu Gajah, Perak


  • Dasar Am Sekolah Henry Gurney pada awal penubuhannya adalah berdasarkan (Borstal Institution – England) 1900 iaitu untuk membentuk sikap keperibadian dan sikap bertanggungjawab penghuni-penghuni ke arah kesempurnaan kehidupan bermasyarakat yang sejahtera dan produktif kepada negara. 

Antara ciri-cirinya ialah :

  1. Pelatihnya mempunyai watak dan bakat yang tersendiri dan boleh memperkembangkan kreativiti dan suka kepada kehidupan yang baik.
  2. Layanan sama rata dan mengikut peraturan
  3. Pegawai dan sistem Borstal saling bersatu dan saling mempercayai antara satu sama lain.


  • Mottonya ialah RESURGAM yang bermaksud We Shall Rise Again. Manakala logo Sekolah Henry Gurney (Wanita) ialah burung helang yang terbang dari api yang sedang marak. Ini bermaksud penghuni sedia untuk menerima pemulihan di sini dan menuju ke tempat yang lebih baik sebagai rakyat yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.



Undang-undang dan peraturan yang digunapakai kini adalah :

  1. Undang-Undang Penjara 1995
  2. Peraturan-Peraturan Penjara Tahun 2000
  3. Akta Kanak-Kanak 2001
  4. Peraturan – Peraturan SHG 1949
  5. Perintah Tetap Ketua Pengarah Penjara
  6. Arahan Ketua Institusi

AKTA MAHKAMAH JUVANA 1947 (AKTA 90)


Kemudahan
Akta ini menentukan hukuman kepada kanak-kanak, juvana dan orang muda yang didapati bersalah di bawah undang-undang.
Memberi peluang bagi mereka mendapatkan jagaan dan perlindungan.
Memberi peluang bagi mereka yang telah didapati bersalah, mengikuti rancangan pemulihan di Asrama Akhlak atau Sekolah Akhlak.
Memberi kesedaran kepada ibubapa atau penjaga dan menentukan penyertaan mereka di dalam rancangan pemulihan anak-anak mereka yang berkenaan.
Takrifan Kanak-kanak
Seorang yang telah meningkat usia 10 tahun dan berada di bawah usia 18 tahun.
Hukuman Yang Boleh Dibuat Oleh Mahkamah Juvana Di Bawah Sek. 12(1)
Buang Kes
Membebaskan juvana selepas beliau menandatangani bon untuk berkelakuan baik.
Menempatkan juvana di bawah jagaan saudara atau penjaga yang sesuai.
Memerintahkan ibubapa juvana menandatangani bon untuk menentukan jagaan dan didikan yang baik terhadapnya.
Mengeluarkan "Probation Order" yang meletakkan juvana di bawah penyeliaan Pegawai Akhlak di antara satu hingga tiga tahun. Perintah ini membebaskan juvana dengan syarat beliau akan didakwa semula di Mahkamah Juvana atas tuduhan lama dan baru jika beliau ditangkap melakukan kesalahan di bawah undang-undang selepas perintah tersebut dikeluarkan. Selain daripada itu perintah ini boleh menentukan kemasukan juvana ke dalam Sekolah Akhlak, yang mana tempoh masanya dan tidak melebihi tiga tahun; atau kemasukan ke dalam asrama akhlak selama setahun. Ibubapa atau penjaga boleh dihukum untuk membayar nafkah anak mereka semasa di dalam institusi yang berkenaan.
Memerintah juvana dimasukkan ke dalam Sekolah Henry Gurney.
Memerintahkan juvana membayar denda, ganti rugi atau kos.
Sekiranya pesalah itu seorang muda dan kesalahannya sesuai bagi beliau dipenjarakan, maka mahkamah Juvana boleh menjatuhkan hukuman setaraf dengan hukuman yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Sessions, ataupun dipindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.
Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat
Menjalankan tugasdan tanggungjawab sebagai Pegawai Akhlak.
Menyiasat dan menyediakan Laporan Akhlak untuk mahkamah dan menghadiri mahkamah.
Menyelia juvana yang telah diletak di bawah Perintah Akhlak yang telah dibebaskan di bawah lesen dan yang ditempatkan untuk seliaan lanjutan.
Menjadi sahabat dan penasihat kepada juvana di bawah jagaannya.
Menggalakkan ahli-ahli keluarga dan masyarakat memberi kerjasama untuk menentukan kejayaan terhadap pemulihan juvana.

KESAN-KESAN JENAYAH JUVANA


  • KESAN-KESAN TERHADAP DIRI REMAJA
  • Lebih terdedah untuk melakukan keganasan
  • Kerap terlibat dengan kesalahan undang-undang dan pihak berkuasa
  • Disisihkan masyarakat
  • Digantung sekolah
  • Perilaku berisiko
  • Ke arah masalah kesihatan mental
  • KESAN-KESAN TERHADAP DIRI MASYARAKAT
  • Kehilangan pewaris negara yang berkaliber
  • Kerugian harta benda
  • Kerosakan hubungan silaturahim
  • Kerugian nyawa 
  • kerugian masa

GAMBAR-GAMBAR JENAYAH JUVANA DALAM KALANGAN REMAJA


LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH JENAYAH JUVANA



Antara langkah-langkah mencegah jenayah juvana

ialah melalui:
  • Mengenal pasti dan mengurangkan ciri-ciri individu yang menyumbang kepada salah laku juvana
  • Mengenal pasti dan mengurangkan faktor keluarga dalam menyumbangkan kepada salah laku juvana
  • Meningkatkan tanggungjawab untuk lebih berdisiplin, mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan pro-sosial
  • Kurangkan sikap bermusuhan dan impulsif
  • Meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran sosial
  • Menggalakkan sikap yang positif terhadap keluarga, rakan-rakan dan masyarakat
  • Latihan keibubapaan di dalam pengurusan remaja
  • Terapi pemikiran
  • Kaunseling
  • Sokongan ibu bapa dan sosial
  • Latihan pengurusan keibubapaan
  • Ubatan hanya diberikan sekiranya kanak-kanak menghidap penyakit psikiatri atau masalah kesihatan yang lain
  • Latihan tingkah laku
    • Kemahiran afektif
    • Kemahiran menyelesaikan masalah
    • Pengurusan kemarahan.

CIRI-CIRI SALAH LAKU JUVANA


Remaja yang bermasalah, cenderung untuk:
  • Ingkar dan melawan terhadap orang awam atau pihak berkuasa
  • Mudah tersinggung, marah, kecewa dan resah
  • Mempunyai perwatakan yang ganas / agresif dan suka bermusuhan
  • Kurang kemahiran menyelesaikan masalah dan lemah pencapaian akademik
  • Mempunyai hubungan sosial yang lemah dan kurang akur kepada kemahuan masyarakat
  • Datang daripada keluarga yang mempunyai stres yang tinggi, mengalami kepincangan rumah tangga, penyalahgunaan dadah, kurang disiplin dan mempunyai sejarah penyakit mental
  • Kurang perasaan empati dan suka mendesak
  • Suka ponteng sekolah dan cenderung untuk melarikan diri dari rumah

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA JENAYAH JUVANA


1.KEKURANGAN KASIH SAYANG
Punca utama berlakunya jenayah juvana adalah disebabkan kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa.Mereka yang tidak dapat kasih sayang dari ibu bapa akan sengaja melakukan kes jenayah untuk menarik tumpuan perhatian ibu bapa mereka kepada dia.

2. PERANAN MEDIA MASSA
Pengaruh-pengaruh luaran dan dalaman juga menyebabkan remaja terlibat dalam kegiatan jenayah juvana.Dalam proses memajukan negara,kita disogokkan dengan pelbagai rancangan dan artikel yang kurang bermutu dari Barat yang bertentangan dengan agama dan ajaran kita.Hal ini dilakukan melalui media-media elektronik mahupun media cetak.Rancangan dari Barat menonjolkan ciri-ciri keganasan yang sesuai dengan jiwa remaja yang kuat memberontak.Dengan ini,remaja yang menontonnya akan terpengaruh dengan adegan ganas yang sesuai dengan naluri mereka yang sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru.

3.KEKURANGAN DIDIKAN AGAMA
Jenayah juvana juga berpunca akibat kekurangan didikan agama.Orang yang kekurangan didikan agama tidak dapat membezakan perbuatan yang haram di sisi agama.Mereka yang terlibat dalam jenayah juvana tidak kukuh pegangan agamanya dan mudah hilang pedoman apabila mereka menghadapi masalah dan tekanan.Jadi.mereka menganggap penglibatan dalam jenayah seperti ini dapat menjadi penyelesaian kepada bebanan jiwa yang dihadapi oleh mereka.

DEFINISI JENAYAH JUVANA




Jenayah juvana merujuk kepada perlakuan jenayah atau anti-sosial golongan juvenil (remaja). Jenayah jenis ini merupakan sesuatu yang makin membimbangkan semua pihak di seluruh dunia. Ia merupakan satu isu sosial yang penting kerana golongan ini mampu melakukan jenayah berat, namun mereka masih belum boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya.
Antara masalah besar yang dihadapi ialah siapakah yang bertanggungjawab dengan sikap golongan ini. Adakah pihak kerajaan semata-mata, bagaimana pula dengan tanggungjawab ibu bapa? Golongan ini mungkin belum matang dan masih bergantung pada ibu bapa mereka.
Sebenarnya dalam menyelesaikan kes jenayah juvana ini adalah berakar umbikan dari ibu bapa terlebih dahulu baru kita lihat dari aspek persekitaran, sekolah mahupun rakan sebaya.

CONTOH-CONTOH JENAYAH JUVANA




1. Menghisap dadah 



2. Merokok 



3. Gangsterisme 



4. Kongsi gelap 



5. Merosakkan harta awam 



6. Bercumbu/khalwat 



7. Peras ugut 



8. Memberontak 



9. Baca/tonton bahan lucah 



10. Pil khayal/ectacy 



11. Bergaduh 



12. Bertumbuk 



13. Lari rumah 



14 .Lepak