Blogger Backgrounds

Sunday 18 September 2011

BUKTI AKHBAR ONLINE (KES JENAYAH JUVANA)



TERKINI

ARKIB : 18/04/2011

Jumlah jenayah juvana makin membimbangkan - KP Pelajaran

18/04/2011 6:52pm

PUTRAJAYA, 18 April — Bilangan kes jenayah yang melibatkan pelajar atau lebih dikenali 
sebagai pesalah juvana adalah semakin membimbangkan, kata Ketua Pengarah Pelajaran, 
Datuk Abdul Ghafar Mahmud.
Beliau berkata, ia berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh Cawangan Dasar/Pencegahan
 Jenayah, Bahagian Hal Ehwal Awam, Bukit Aman, di mana pesalah juvana kini cenderung
 melibatkan diri dalam pelbagai salah laku sosial dan jenayah berat.
"Kebimbangan ini jika tidak ditangani dengan segera akan menambahkan lagi bebanan pihak
 kementerian 
dalam menangani masalah sosial dan pelbagai kegiatan yang berhubung kait dengan jenayah,”
 katanya semasa merasmikan uniform Kelab Pencegahan Jenayah peringkat kebangsaan 2011,
 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 8 (1) di sini hari ini.
Abdul Ghafar berkata, mengikut statistik 2010, 1.43 peratus kes-kes disiplin direkodkan di
 sekolah-sekolah di negara ini, termasuk 0.32 peratus kes jenayah seperti pergaduhan dan
 kes-kes kecurian.
Justeru beliau berkata setiap sekolah di negara ini disasar untuk menubuhkan Kelab
 Pencegahan Jenayah sebagai salah satu usaha bagi mencapai sasaran sifar peratus kadar
 perlakuan jenayah di sekolah. — Bernama

No comments:

Post a Comment